Monday, May 31, 2010 0 orang cakap By: Farhana

Balik Kampung

Assalamualaikum..

Hari jumaat yang lalu, aku dan famili balik kampung. Kononnya nak gerak kul 8 pagi, pastu postpone nak balik lepas solat jumaat. Alih² kitorang balik kul 4petang. Tak ikut jadual langsung. Haha.

Kitorang tak balik kampung terus sebab terlewat nak pergi majlis knikah kak seri. So, kitorang terus pergi taiping. Da la aku pakai jeans n cardigan. Malu aku pergi majlis kahwin macam tu. So, aku ajak mak and adik balik kat kereta, aku nak salin pakaian. Nasib baik kawasan kereta tu gelap, aku salin baju kat situ je. Hohoho. Tapi aku sarung je la, mana ada bukak baju!!! Haha

Hari sabtu ada majlis bersanding. Ayah tak ikut sebab kena gout. Tak ada pape yang menarik. Cuma penat skit la. Masa sanding, panas and ada hujan sekejap. Kak Seri cantik pakai kebaya coklat. Nama husband Kak Seri kalau tak silap aku Faizi.

Hari ahad pagi aku ajak mak and ayah pergi pasar sebab aku nak beli seluar. Abangah ikut skali. Banyak benda kitorang beli. Buah, ikan rebus, ayam goreng. Pastu pergi makan abc ngan laksa. Best². Masa jalan² kat pasar, aku ternampak ada sekor kucing duduk dekat dengan kedai ikan. Apala agaknya yang kucing tu fikir. Hahaha.

Oh lupa lak, pagi ahad gak aku dapat tau ari masuk hospital. Mula² ingatkan apendix, tapi bukan. Sakit apa tah, tak ingat. Alhamdullilah tak teruk. Pada masa yang sama aku ada ulser dalam mulut. Pedih².

Petang tu sebelum balik KL, aku demam. Adoiyai.. Tiba² je demam. Menggigil² aku dibuatnya. Tapi alhamdulillah, aku da sihat sekarang.
Thursday, May 27, 2010 0 orang cakap By: Farhana

Bersama mereka

Assalamualaikum..

Semalam aku kluar dgn membe², pergi karaoke kat paragon. Itu pun setelah hampir 2 minggu aku melarikan diri dari orang. Membe² yang pergi karaoke semalam syana, amie, fadila(apple), lela, hana(aku), ijam, naim, muz. Karaoke memang best, sampai takde suara aku dibuatnya. Semua jenis lagu kitorang nyanyi. Dari dangdut sampai hindustan. Cuma aku tak gelek je depan dorang.. Hahaha~~

Lepas da karok, jalan² masuk the store. Macam jakun je masuk situ. Sume mainan kitorang maen. Walhal tujuan sebenar nk beli hadiah dafi n tracksuit lela. Memang menyimpang giler. Haha~~

Malam lak aku pergi carrefour dengan famili. Entah kenapa aku rasa seronok sangat dengan famili aku semalam. Asik ketawa je. Tapi paling best, ayah aku belanja sate.. Pergh, terliur sampai sekarang.

But then, ada perkara yang menyebabkan aku rasa sedih. Masa aku menghilang, membe² aku ada call and text aku. Malangnya time tu aku off phone and tak online langsung. Alih2, sume marah kat aku. Rasa nak nangis je.. Aduhai.

Kepada membe², bukan sengaja aku melarikan diri. Aku terpaksa. Result matrik, kepulangan abang aku, masalah peribadi, sumenya dalam waktu yang sama. Aku lari supaya aku tak menyusahkan korang smua..

Maaf, with hope this magical word boleh memaafkan segala kesalahanku :'(
Thursday, May 20, 2010 0 orang cakap By: Farhana

Interview...

Assalamualaikum...

Perghhh... Arini aku rasa penat sepenat²nya. Ni pun baru selesai lipat baju yang menggunung tu. Sat lagi kena sambung melipat balik. Ni pun sebab abanglong aku nak balik esok. Welcome home...

Mula dari pagi tadi, aku wat keje umah yang bertimbun. Pastu kena pergi interview kat Universiti Malaya untuk kos pendidikan bimbingan dan kaunseling. Aku jadi cikgu kaunselor kat sekolah, boleh caya x?? Hahaha..

Punya la semangat aku pergi UM kul 1.30, sebab ikut arahan, 'Sila datang awal 30 minit dari waktu yang ditetapkan'. Bila sampai, huh, haramm... Sape² pun takde lagi.. Dahtu, da la dorang lambat, 2.15 petang baru mula. Sabar je la..

Aku rasa aku dah cukup memalukan diri aku masa inerview tadi. Ada ke patut dia suruh aku nyanyi? Aku yang blur pun nyanyi je la. Bila difikirkan balik, bidang kaunseling mana ada kena nyanyi.. Masa tu la baru aku nak gelakkan diri aku sendiri.. Segan tahap babun time tu.. Hahaha..

Nyanyi tu satu hal, sebelum nyanyi kena temuduga dulu. Masa temuduga tu aku rasa macam nak menyumpah je.. Arghhh... Bukan nak menyumpah kat penemuduga tu, tapi diri aku sendiri. Baru aku sedar aku tak ready untuk interview tu. Org tu tanya makna kaunseling pun aku tak dapat jawab. Macam bodoh je aku ni masa tu...

Habis interview, parents aku bawa pergi rumah pakcik pulak. Pakcik aku tu bekas guru, mestila dia harap aku berjaya interview tu. Dia harap aku akan jadi cikgu sebab anak dia sendiri tak minat nak mengajar. Aku memang ada minat nak jadi guru, tapi bila kenangkan interview tadi, punah harapan aku.. Aduhai..

Bila aku fikir² balik, interview kat USM lagi baik dari UM. Interview USM berterabur masa part BI.. Interview UM amat memalukan. Aku prefer berterabur dari memalukan.. Huhu... Papepun, aku berharap dan berdoa agar aku ada tempat kat universiti nanti.. Amin...
Tuesday, May 18, 2010 0 orang cakap By: Farhana

first day...

Assalamualaikum...

Hari ini, 18hb mei 2010, tarikh bermulanya aku dalam penulisan blog. Bukan terpengaruh mahupun tergoda, tetapi menyahut cabaran seorang profesor dari usm yg meminta aku menulis blog. Seperti biasa, aku merasa janggal dengan benda baru ni. Aku anggap inilah permulaan aku dalam penulisan, dalam konsep 'kewartawanan'.. Aku berharap temuduga kursus komunikasi di usm pd 15 Mei 2010 tempoh hari berjaya. Amin.
Semoga pembabitan aku dalam penulisan blog ni membawa manfaat kepada semua..