Monday, October 11, 2010 0 orang cakap By: Farhana

Wedding Daddy Chik...!!

Assalamualaikum....

1 Oktober yg lalu, telah berlangsungnya majlis pernikahan Ayahchik aku, Muhammad Firdaus bersama pasangannya Nadiatul Natasya.. Umur memang bukan penghalang... Walaupun jarak usia yg agak jauh, tapi nampak sepadan sgt... kepada Makchik ku, welcome to the family =)

Ayahchik aku yang segak bergaya...

Makchik baru... Muda² da kena pggil Makchik... =p

Sarung cincin...

Detik bersejarah....

Keesokan harinya, 2 Oktober 2010 pula mjlis persandingan di pihak perempuan... Meriah dan makanan sedap..!! -x banyak gambar sebab bateri kamera habis :( -

Sepadan...
Tuesday, September 7, 2010 0 orang cakap By: Farhana

malas

Assalamualaikum...

lama sungguh rasanya ak x update blog ni.. bnyk perkara yg aku da lalui, tp entah kenapa aku rasa xde mood utk merencanakan kt sini.. bulan puasa, hangout kat teluk cempedak dgn membe ump, buka puasa dgn membe plkn... smuanya seronok, tp xde gambar... huhu...

arini bday mady, syana, dan adk ak sndiri... so, aku nk beli kek petang ni... 1 utk syana, 1 utk adk aku... duit lg.. huhu.. xpela, demi insan yg dikasihi..

nnti aku update lg blog ni.. insyaAllah~~
Saturday, August 7, 2010 0 orang cakap By: Farhana

Universiti Malaysia Pahang

Assalamualaikum..

Sebulan lamanya aku tinggalkan blog ni. Sangat susah rasanya duduk kat universiti tanpa laptop. Sumenya menggunakan laptop. InsyaAllah, ada rezki lepas raya ni aku ada laptop sendiri. Itu nanti aku cerita lepas dapat laptop.

Aku mula mendaftar kat UMP pada 3 Julai 2010.. Kini da 7 Ogos 2010. Lebih sebulan aku berada di UMP.. Macam² aktiviti dilakukan. Aku tak mahu menulis, biarlah gambar mengungkap 1001 kenangan~~

3 Julai 2010 - time ni baru lepas mendaftar. pastu parents aku bawa jalan² kat kuantan, makan kat tepi sungai kuantan. best²



3-10 Julai 2010 - ni pulak banner masa orentasi.. memang chantek~~ (sori blur skit =P)



10 Julai 2010 - masa ni lak kitorang ada khidmat komuniti kat Pantai Leleh kat area Pekan. da dekat sgt dengan ump kampus pekan. kat sini lembu dan kambing berak merata. haha. lepas gotong-royong, kitorg tangkap gambar tepi pantai.. ada bahagia, pokcik, umi, zura, siti, bibi, ika, nadia n aku sendiri hana















baru sebulan ak kat UMP, mcm² aktiviti da dilakukan.. ada yg aku tak dapat letakkan dalam blog ni.. harap² dlm masa 4tahun akn datang akn menjadi memori terindah dalam hidup aku =)



wassalam~~
Thursday, July 1, 2010 0 orang cakap By: Farhana

Shopping..!!

Assalamualaikum....

Hari Isnin, 28 jun 2010 yg lalu aku keluar bersama membe² aku.. Kami 4 orang iaitu aku, Hidayah, Fara, dan E-in..

Its so much fun hangout with my girlfriends.. Keje kitorang cuma shopping sepanjang hari. Aku lak habis lebih RM100... First time belanja banyak macam tu... Best sangat keluar dengan mereka.. Harap dapat keluar dgn mereka lagi =)



Monday, June 7, 2010 1 orang cakap By: Farhana

Jalan²

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni aku berpeluang online semula. Aku nak mencoretkan kisah pada hari khamis, 3 Jun 2010 yang lalu.

Pada hari tersebut, seramai 9 orang turut serta. Antara membe² yang ada ialah aku, syana, amie, dayah, ain, ijam, asrul, muz dan zainal. Sumenya adalah membe² sekola dulu. Ada gak yang tak dapat datang, seperti lela dan fadila yang da kembali ke uitm, naim yang balik kampung serta dafi yang demam. Kepada dafi, anda yang demam, kata kitorang tak ajak pula ya. Ewah². Haha..

Mula², kitorang yang perempuan makan kat mcD dulu. Yang makan cuma 4 orang je. Lepas makan dan smua berkumpul, kitorang tengok wayang kat pavillion atas permintaan ijam.

Kitorang tengok citer 'Kecoh Betul' lakonan nabil dan saiful apek. Bosan giler arh..!! Kitorang yang perempuan nak tengok 'Lagenda Budak Setan', tapi dak laki kecoh² lak.. Huhu.. Pas tengok wayang, kitorang gerak pergi time square lak. Kat sana, dalam 30 minit berdebat bincang nak wat apa. Ada yang nak tengok wayang lagi, main bowling, celup kaki dalam ikan. Adoi, memang lawak giler time tu. Alih² kitorang cadang pergi karaoke 2 jam kat ktv.

Akhirnya, selepas tamat karaoke, kul 9 baru gerak pergi tunggu bas. Hampir kul 10.30 baru sampai umah.
Monday, May 31, 2010 0 orang cakap By: Farhana

Balik Kampung

Assalamualaikum..

Hari jumaat yang lalu, aku dan famili balik kampung. Kononnya nak gerak kul 8 pagi, pastu postpone nak balik lepas solat jumaat. Alih² kitorang balik kul 4petang. Tak ikut jadual langsung. Haha.

Kitorang tak balik kampung terus sebab terlewat nak pergi majlis knikah kak seri. So, kitorang terus pergi taiping. Da la aku pakai jeans n cardigan. Malu aku pergi majlis kahwin macam tu. So, aku ajak mak and adik balik kat kereta, aku nak salin pakaian. Nasib baik kawasan kereta tu gelap, aku salin baju kat situ je. Hohoho. Tapi aku sarung je la, mana ada bukak baju!!! Haha

Hari sabtu ada majlis bersanding. Ayah tak ikut sebab kena gout. Tak ada pape yang menarik. Cuma penat skit la. Masa sanding, panas and ada hujan sekejap. Kak Seri cantik pakai kebaya coklat. Nama husband Kak Seri kalau tak silap aku Faizi.

Hari ahad pagi aku ajak mak and ayah pergi pasar sebab aku nak beli seluar. Abangah ikut skali. Banyak benda kitorang beli. Buah, ikan rebus, ayam goreng. Pastu pergi makan abc ngan laksa. Best². Masa jalan² kat pasar, aku ternampak ada sekor kucing duduk dekat dengan kedai ikan. Apala agaknya yang kucing tu fikir. Hahaha.

Oh lupa lak, pagi ahad gak aku dapat tau ari masuk hospital. Mula² ingatkan apendix, tapi bukan. Sakit apa tah, tak ingat. Alhamdullilah tak teruk. Pada masa yang sama aku ada ulser dalam mulut. Pedih².

Petang tu sebelum balik KL, aku demam. Adoiyai.. Tiba² je demam. Menggigil² aku dibuatnya. Tapi alhamdulillah, aku da sihat sekarang.
Thursday, May 27, 2010 0 orang cakap By: Farhana

Bersama mereka

Assalamualaikum..

Semalam aku kluar dgn membe², pergi karaoke kat paragon. Itu pun setelah hampir 2 minggu aku melarikan diri dari orang. Membe² yang pergi karaoke semalam syana, amie, fadila(apple), lela, hana(aku), ijam, naim, muz. Karaoke memang best, sampai takde suara aku dibuatnya. Semua jenis lagu kitorang nyanyi. Dari dangdut sampai hindustan. Cuma aku tak gelek je depan dorang.. Hahaha~~

Lepas da karok, jalan² masuk the store. Macam jakun je masuk situ. Sume mainan kitorang maen. Walhal tujuan sebenar nk beli hadiah dafi n tracksuit lela. Memang menyimpang giler. Haha~~

Malam lak aku pergi carrefour dengan famili. Entah kenapa aku rasa seronok sangat dengan famili aku semalam. Asik ketawa je. Tapi paling best, ayah aku belanja sate.. Pergh, terliur sampai sekarang.

But then, ada perkara yang menyebabkan aku rasa sedih. Masa aku menghilang, membe² aku ada call and text aku. Malangnya time tu aku off phone and tak online langsung. Alih2, sume marah kat aku. Rasa nak nangis je.. Aduhai.

Kepada membe², bukan sengaja aku melarikan diri. Aku terpaksa. Result matrik, kepulangan abang aku, masalah peribadi, sumenya dalam waktu yang sama. Aku lari supaya aku tak menyusahkan korang smua..

Maaf, with hope this magical word boleh memaafkan segala kesalahanku :'(
Thursday, May 20, 2010 0 orang cakap By: Farhana

Interview...

Assalamualaikum...

Perghhh... Arini aku rasa penat sepenat²nya. Ni pun baru selesai lipat baju yang menggunung tu. Sat lagi kena sambung melipat balik. Ni pun sebab abanglong aku nak balik esok. Welcome home...

Mula dari pagi tadi, aku wat keje umah yang bertimbun. Pastu kena pergi interview kat Universiti Malaya untuk kos pendidikan bimbingan dan kaunseling. Aku jadi cikgu kaunselor kat sekolah, boleh caya x?? Hahaha..

Punya la semangat aku pergi UM kul 1.30, sebab ikut arahan, 'Sila datang awal 30 minit dari waktu yang ditetapkan'. Bila sampai, huh, haramm... Sape² pun takde lagi.. Dahtu, da la dorang lambat, 2.15 petang baru mula. Sabar je la..

Aku rasa aku dah cukup memalukan diri aku masa inerview tadi. Ada ke patut dia suruh aku nyanyi? Aku yang blur pun nyanyi je la. Bila difikirkan balik, bidang kaunseling mana ada kena nyanyi.. Masa tu la baru aku nak gelakkan diri aku sendiri.. Segan tahap babun time tu.. Hahaha..

Nyanyi tu satu hal, sebelum nyanyi kena temuduga dulu. Masa temuduga tu aku rasa macam nak menyumpah je.. Arghhh... Bukan nak menyumpah kat penemuduga tu, tapi diri aku sendiri. Baru aku sedar aku tak ready untuk interview tu. Org tu tanya makna kaunseling pun aku tak dapat jawab. Macam bodoh je aku ni masa tu...

Habis interview, parents aku bawa pergi rumah pakcik pulak. Pakcik aku tu bekas guru, mestila dia harap aku berjaya interview tu. Dia harap aku akan jadi cikgu sebab anak dia sendiri tak minat nak mengajar. Aku memang ada minat nak jadi guru, tapi bila kenangkan interview tadi, punah harapan aku.. Aduhai..

Bila aku fikir² balik, interview kat USM lagi baik dari UM. Interview USM berterabur masa part BI.. Interview UM amat memalukan. Aku prefer berterabur dari memalukan.. Huhu... Papepun, aku berharap dan berdoa agar aku ada tempat kat universiti nanti.. Amin...
Tuesday, May 18, 2010 0 orang cakap By: Farhana

first day...

Assalamualaikum...

Hari ini, 18hb mei 2010, tarikh bermulanya aku dalam penulisan blog. Bukan terpengaruh mahupun tergoda, tetapi menyahut cabaran seorang profesor dari usm yg meminta aku menulis blog. Seperti biasa, aku merasa janggal dengan benda baru ni. Aku anggap inilah permulaan aku dalam penulisan, dalam konsep 'kewartawanan'.. Aku berharap temuduga kursus komunikasi di usm pd 15 Mei 2010 tempoh hari berjaya. Amin.
Semoga pembabitan aku dalam penulisan blog ni membawa manfaat kepada semua..