Thursday, May 20, 2010 By: Farhana

Interview...

Assalamualaikum...

Perghhh... Arini aku rasa penat sepenat²nya. Ni pun baru selesai lipat baju yang menggunung tu. Sat lagi kena sambung melipat balik. Ni pun sebab abanglong aku nak balik esok. Welcome home...

Mula dari pagi tadi, aku wat keje umah yang bertimbun. Pastu kena pergi interview kat Universiti Malaya untuk kos pendidikan bimbingan dan kaunseling. Aku jadi cikgu kaunselor kat sekolah, boleh caya x?? Hahaha..

Punya la semangat aku pergi UM kul 1.30, sebab ikut arahan, 'Sila datang awal 30 minit dari waktu yang ditetapkan'. Bila sampai, huh, haramm... Sape² pun takde lagi.. Dahtu, da la dorang lambat, 2.15 petang baru mula. Sabar je la..

Aku rasa aku dah cukup memalukan diri aku masa inerview tadi. Ada ke patut dia suruh aku nyanyi? Aku yang blur pun nyanyi je la. Bila difikirkan balik, bidang kaunseling mana ada kena nyanyi.. Masa tu la baru aku nak gelakkan diri aku sendiri.. Segan tahap babun time tu.. Hahaha..

Nyanyi tu satu hal, sebelum nyanyi kena temuduga dulu. Masa temuduga tu aku rasa macam nak menyumpah je.. Arghhh... Bukan nak menyumpah kat penemuduga tu, tapi diri aku sendiri. Baru aku sedar aku tak ready untuk interview tu. Org tu tanya makna kaunseling pun aku tak dapat jawab. Macam bodoh je aku ni masa tu...

Habis interview, parents aku bawa pergi rumah pakcik pulak. Pakcik aku tu bekas guru, mestila dia harap aku berjaya interview tu. Dia harap aku akan jadi cikgu sebab anak dia sendiri tak minat nak mengajar. Aku memang ada minat nak jadi guru, tapi bila kenangkan interview tadi, punah harapan aku.. Aduhai..

Bila aku fikir² balik, interview kat USM lagi baik dari UM. Interview USM berterabur masa part BI.. Interview UM amat memalukan. Aku prefer berterabur dari memalukan.. Huhu... Papepun, aku berharap dan berdoa agar aku ada tempat kat universiti nanti.. Amin...

0 orang cakap:

Post a Comment